Habsah Buang
Habsah Buang | |
|---|---|
| Kelahiran | Habsah Binti Buang 1919 Pitt Street, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
| Meninggal dunia | 28 April 1994 (berumur 74–75) |
| Pekerjaan | Penyanyi, penari, pelakon |
| Tahun aktif | 1938–1975 |
| Majikan | Malay Film Productions |
| Pasangan | Mohd Leon |
| Anak-anak | 6 (termasuk Hashimah Yon) |
Habsah binti Buang atau lebih dikenali sebagai Habsah Buang (turut dikreditkan sebagai Habsah atau Hapsha) merupakan seorang pelakon dan penari era 40an 50-an/60-an. Habsah Buang di lahirkan di Singapura, Di Pitt Street, berdekatan dengan Jalan Besar pada tahun 1919. Pada usia yang sangat muda iaitu antara 7-8 tahun, beliau telah pun berkecimpung di arena pentas Bangsawan, mengikuti Borneo Star Opera dan menjelajah beberapa bandar di Nusantara dan Tanah Semenanjung.