Habbatus sauda

Habbatus sauda
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Ranunculales
Keluarga:
Ranunculaceae
Genus:
Nigella
Spesies:
N. sativa
Nama binomial
Nigella sativa
Sinonim
  • Nigella cretica Mill.

Habbatus sauda (kekadang turut dieja habbatussauda; Jawi: الحبة السوداء), atau jintan hitam (bahasa Inggeris: black caraway atau black cumin) dengan nama ilmiah Nigella sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga tahunan yang tumbuh secara aslinya di Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Ia mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–11.8 in), manakala struktur daunnya halus dan lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum). Bunganya halus, biasanya berwarna putih dan/atau biru ceraka dengan 5 hingga 10 kelopak.

Buahnya bersaiz besar berbentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu, setiap satunya mengandungi biji hitam yang digunakan sebagai rempah dan bahan perubatan.

Biji habbatus sauda juga diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia lebih dikenali sebagai minyak habbatus sauda dan digunakan untuk merawat kencing manis.