H. P. Lovecraft
H. P. Lovecraft | |
|---|---|
Gambar H. P. Lovecraft pada tshin 1934 | |
| Lahir | Howard Phillips Lovecraft 20 Ogos 1890 Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat. |
| Meninggal dunia | Mac 15, 1937 (umur 46) Providence, Pulau Rhode, A.S. |
| Tempat pengebumian | Tanah Perkuburan Swan Point, Providence, Pulau Rhode, A.S. |
| Nama pena | Lewis Theobald Humphrey Littlewit Ward Phillips Edward Softly Percy Simple |
| Pekerjaan | Penulis cerita oendek dan novel, penyajak, penyunting |
| Tempoh | 1917–1937 |
| Genre | cereka aneh, cereka fantasi, cereka gotik, cereka sains, cereka seram, |
| Pergerakan sastera | Kosmisisme |
| Karya terkenal |
|
| Pasangan | Sonia Greene (k. 1924) |
| Tandatangan | |
Howard Philips Lovecraft (20 Ogos 1890 – 15 Mac 1937) merupakan seorang penulis dari Amerika Syarikat. Penulisan bergenre seram beliau dalam majalah pulpa tidak begitu mendapat perhatian semasa hayatnya, malah beliau meninggal dalam keadaan yang miskin. Walau bagaimanapun, idea-idea yang dibawa dalam penulisan beliau masih berbekas melalui adaptasi dan peminjaman watak dan latar yang digalakkan Lovecraft sendiri oleh para pembaca majalah-majalah ini menjadi Kelompok Lovecraft (The Lovecraft Circle); unsur-unsur yang dibawa pada penulisan inilah menjadikan beliau antara penulis seram termasyhur pada abad ke-20.
Penulisan Lovecraft, terutamanya berkaitan mitos Cthulhu yang diciptanya sendiri banyak mempengaruhi penulis-penulis cereka termasuk dalam genre seram moden dan fantasi.