HMS Repulse (1916)

HMS Repulse pada 1920-an
Sejarah
UK
Nama: HMS Repulse
Dipesan: 30 Disember 1914
Pembina: John Brown & Company, Clydebank, Scotland
Dibaringkan: 25 Januari 1915
Dilancarkan: 8 Januari 1916
Ditauliah: 18 Ogos 1916
Moto:
  • Qui Tangit Frangatur
  • "Sesiapa yang menyentuh saya akan terhenti"
Takdir: Karam akibat serangan udara Jepun di Tanah Melayu pada 10 Disember 1941
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kruiser tempur kelas Renown
Sesaran: 31,592 tan
Panjang: 794 ka 2.5 in (242.075 m)
Lunas: 89 ka 11.5 in (27.419 m)
Draught: 29 ka 8 in (9.04 m)
Jana kuasa: Turbin pacuan langsung, 4 aci, 112,000 hp (83.5 MW)
Halaju: 31.7 knot (59 km/j)
Jarak: 3,650 batu
Anak kapal: 1,181 pegawai dan kelasi
Persenjataan:
  • 6 × 15 inci (381 mm) (3×2)
  • 9 × 4 inci (102 mm) low angle (3×3)
  • 8 × 4 inci (102 mm) AA (2×2, 4×1)
  • 24 × 2-pdr (40 mm) pom-pom (3×8)
  • 8 × 20 mm AA (8×1)
  • 8 × 21 inch (533 mm) torpedo tubes
Pesawat yang dibawa: 4 × Blackburn Shark, digantikan dengan Fairey Swordfish pada 1939
Kemudahan penerbangan: 1 pelancar dua-hujung

HMS Repulse (1916) ialah sebuah kruiser tempur British dibina John Brown and Company, Clydebank, Scotland untuk Tentera Laut Diraja British. Ia pada asalnya bertujuan sebagai unit kapal tempur kelas Revenge, tetapi diarah mengubah reka bentuk semasa tempoh pembinaannya. Ia turut direka untuk menghadapi Pertempuran Jutland dalam Perang Dunia Pertama namun tidak berkesempatan saat dilancarkan pada 1916, maka kapal ini dimasukkan dalam Armada Besar - (Grand Fleet) sebagai kapal pemerintah bagi Skuardon kruiser tempur 1, United Kingdom pada September tahun sama.

Semasa Perang Dunia Kedua yang berlangung berdekad-dekad kemudian, kapal ini digunakan untuk menyekat kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Namun, kapal ini diserang pengebom Jepun sehingga dikaramkan bersama-sama HMS Prince of Wales berdekatan pesisiran antara Pahang dan Terengganu, Tanah Melayu British pada 10 Disember 1941.