Hans Bague Jassin

H.B. Jassin
Kelahiran
Hans Bague Jassin

13 Julai 1917
Meninggal dunia11 Mac 2000(2000-03-11) (umur 82)
Warganegara Indonesia
PekerjaanPengarang, penyunting, pengkritik sastera
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthplace"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "deathdate"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "deathplace"

Hans Bague Jassin [hans ba-gu ya-sin] (31 Julai 1917 – 11 Mac 2000) atau lebih dikenali dengan panggilan H. B. Jassin ialah seorang pengkritik sastera, pengumpul dokumen, dan profesor Indonesia. Beliau dilahirkan di bandar Gorontalo, Sulawesi, Indonesia, anak sebuah keluarga yang mencintai buku. Jassin mula membaca semasa masih di sekolah.

Beliau pernah mengetuai majalah Sastra. Horison, sebuah majalah sastera, diasaskan pada bulan Julai 1966 oleh Jassin dan Mochtar Lubis sebagai pengganti Sastra, dan disunting oleh Taufiq Ismail, Ds. Muljanto, Zaini, Su Hok Djin, dan Goenawan Mohamad. Pada tahun 1971, Jassin dipenjarakan selama setahun dan dikenakan tempoh pengawasan selama dua tahun semasa bertugas sebagai penyunting sastera kerana beliau enggan memberi nama penulis sebenar yang menulis cerita yang dianggap kufur oleh mahkamah.