Gusti di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Gusti
di Sukan Olimpik XXXII
TempatMakuhari Messe
Tarikh1 - 7 Ogos 2021
Bil. acara18
Pesaing289 dari 61 negara

Gusti di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 1 hingga 7 Ogos 2021 di Makuhari Messe melibatkan 289 atlet dari 61 negara. Sebanyak dua disiplin dipertandingkan iaitu gaya bebas dan Greco-Roman.

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.