Aksara Gurmukh

Gurmukhī
Jenis tulisan
Tempoh masa
c. 1539–kini
Arah tulisanLeft-to-right 
Bahasa-bahasaPunjabi
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Abjad Proto-Kanaan [a]
Sistem tulisan kerabat
Takri
ISO 15924
ISO 15924Guru (), ​Gurmukhi
Unikod
Alias Unikod
Gurmukhi
Julat Unikod
U+0A00–U+0A7F
[a] Asal-usul Semitik bagi tulisan Brahmi masih dipertikai.

Gurmukhī (ਗੁਰਮੁਖੀ) ialah sistem tulisan yang paling laris digunakan untuk bahasa Punjabi. Tulisan abugida yang diterbitkan dari tulisan Laṇḍā dan maak itu merupakan keturunan tulisan Brāhmī ini diselaraskan oleh Guru Sikh kedua, iaitu Guru Angad Dev, pada abad ke-16. Kesemua 1,430 halaman kitab Guru Granth Sahib menampakkan abjad ini. Nama "Gurmukhi" berasal dari istilah Punjabi lama "guramukhī" yang bererti "dari mulut Guru".

Tulisan Gurmukhi moden mempunyai 41 aksara konsonan (vianjan), sembilan aksara vokal (lāga mātrā), dua tanda bunyi sengau (bindī dan ṭippī), dan satu tanda khas yang menggandakan bunyi konsonan yang dikenakan (addak). Tambahan lagi, terdapat empat aksara gabungan, iaitu tiga bentuk bubuhan bagi konsonan Rara, Haha dan Vava, serta bentuk separuh Yayya. Bentuk gabungan Vava dan Yayya makin jarang dalam penggunaan moden.

Tulisan Gurmukhi paling laris digunakan di rantau Punjab Timur di India, sementara tulisan Shahmukhī digunakan secara rasmi di rantau Punjab di Pakistan. Abjad Gurmukhi juga disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa lain seperti Braj Bhasha, Khariboli (dan lain-lain loghat Hindustani) serta bahasa-bahasa Sanskrit dan Sindhi. Tulisan ini merupakan tulisan utama kitab suci agama Sikh iaitu Sri Guru Granth Sahib.