Gunung Wakakusa

Gunung Wakakusa
若草山
Titik tertinggi
Ketinggian342 m (1,122 ka) 
SenaraiGunung di Jepun
Koordinat34°41′28″N 135°51′15″E / 34.69103°N 135.85419°E / 34.69103; 135.85419
Geografi
Gunung Wakakusa
Lokasi di Jepun
LokasiNara, Jepun
Induk banjaranPergunungan Kasagi
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "fetchwikidata"

Gunung Wakakusa (若草山, Wakakusa-yama), juga dikenali sebagai Gunung Mikasa (三笠山 Mikasa-yama), ialah sebuah gunung berketinggian 342 meter (1,122 ka) yang terletak di timur Taman Nara di bandar Nara, Wilayah Nara, Jepun. Nama gunung tersebut secara harfiahnya bermaksud "rumput muda". Gunung tersebut ditutup dari 12 Disember hingga 17 Mac dan tidak boleh dimasuki.

Pada hari Sabtu keempat setiap Januari, rumput mati di Gunung Wakakusa dibakar dalam perayaan tahunan yang dikenali sebagai Yamayaki (山焼き secara harfiah "pembakaran gunung"). Tradisi ini kononnya berasal dari pertikaian sempadan antara dua kuil, Tōdai-ji dan Kōfuku-ji pada tahun 1760; selepas pengantaraan gagal, seluruh gunung itu dibakar. Penjelasan lain menunjukkan bahawa pembasmian babi hutan atau haiwan perosak lain ialah tujuan asal. Perayaan tersebut kini dimulakan dengan upacara menyalakan api oleh wakil kedua-dua kuil, diikuti dengan pertunjukan bunga api. Perayaan tesebut kadangkala ditangguhkan atau dibatalkan kerana cuaca buruk atau semasa perang.