Gunung Kosciuszko

Mount Kosciuszko
Tar-gan-gil/Kunama Namadgi
Gunung Kosciuszko dilihat dari
sekitar Taman Negara Kosciuszko
Titik tertinggi
Ketinggian2,228 m (7,310 ka) 
Tonjolan2,228 m (7,310 ka) 
Pengasingan1,894.26 km (1,177.04 bt) 
Senarai
  • Country high point
  • Ultra
Koordinat36°27′21″S 148°15′49″E / 36.45583°S 148.26361°E / -36.45583; 148.26361
Geografi
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Australia New South Wales" tidak wujud.
Induk banjaranlajur utama Banjaran Pemisah Besar
Peta topoPerisher Valley
Pendakian
Pendakian pertamaMasyarakat peribumi benua, mula dipetakan 1840 oleh
Paweł Edmund Strzelecki
Laluan paling mudahJalan tanah

Gunung Kosciuszko (bahasa Inggeris: Mount Kosciuszko atau Kosciuszko; disebut /ˌkɒziˈɒsk/ terdekat [ko.zi.os.kou] atau [/kɒˈʃʊʃk/ terdekat ko.syus.ko]) adalah sebuah gunung terletak dalam banjaran utama Pergunungan Salji tenggara New South Wales, Australia. Ia merupakan gunung tertinggi di negara dan benua tersebut setinggi 2,228 meter dari aras laut. Ia merupakan sebahagian daripada Taman Nasional Kosciuszko.

Gunung ini dinamakan memperingati pahlawan Poland Tadeusz Kościuszko lagi-lagi kerana menyerupai Kubu Peringatan Kościuszko di Kraków, Poland. Penamaan ini diberi penjelajah dan pemeta dari negara sama Paweł Edmund Strzelecki dalam sebahagian usaha mengkaji iklim, geologi, paleontologi dan geografi NSW dan menerbitkan penemuannya; beliau tiba di puncak gunung tersebut pada 12 Mac 1840.