Gunung Bromo
| Gunung Bromo | |
|---|---|
Kompleks pergunungan di Kaldera Tengger saat matahari terbit. Gunung Bromo ialah gunung kedua dari kiri, kawah lebar, berasap | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 2,329 m (7,641 ka) |
| Senarai | Ribu |
| Geografi | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia Java" tidak wujud.
| |
| Geologi | |
| Jenis gunung | Stratovolkano (aktif) |
| Letusan terakhir | 2015-sekarang |
Gunung Bromo (bahasa Jawa: ꦧꦿꦩ, translit. Bråmå "Brahma") merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai kawasan pelancongan di Jawa Timur. Gunung Bromo menjadi tumpuan pelacong dalam dan luar negara kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.
Bromo berketinggian 2,329 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk Gunung Bromo bertautan antara lembah dan ngarai dengan kaldera atau lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.
Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). Sedangkan kawasan baya seperti lingkaran dengan jejari 4 km dari pusat kawah Bromo.