Gunung Baling
Gunung Baling ialah sebuah gunung batu kapur setinggi kira-kira 546 meter yang terletak 1.5km dari utara daerah Baling, Kedah, Malaysia. Gunung batu kapur ini merupakan destinasi pendakian popular di utara Semenanjung Malaysia. Laluan pendakiannya sepanjang kira-kira 1.9 kilometer dengan peningkatan altitud sekitar 450 meter, dan mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk sampai ke puncak.