Guardians of the Galaxy (filem)

Guardians of the Galaxy
PengarahJames Gunn
Penulis
  • James Gunn
  • Nicole Perlman
BerdasarkanGuardians of the Galaxy oleh
Dan Abnett
Andy Lanning
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiBen Davis
Disunting oleh
  • Fred Raskin
  • Craig Wood
  • Hughes Winborne
Muzik olehTyler Bates
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 21 Julai 2014
    (Teater Dolby)
  • 1 Ogos 2014
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
122 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$195.9 juta
Pecah panggung$773.3 juta

Guardians of the Galaxy ialah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2014 berdasarkan pasukan adiwira Marvel Comics dengan nama yang sama, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan filem kesepuluh dalam Marvel Cinematic Universe. Filem ini diarahkan oleh James Gunn yang juga menulis skrip bersama Nicole Perlman. Ia menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, John C. Reilly, Glenn Close dan Benicio del Toro. Di dalam Guardians of the Galaxy, Peter Quill membentuk satu pasukan dengan sekumpulan makhluk angkasa yang melarikan diri selepas mencuri artifak yang berkuasa.

Perlman mula bekerja untuk skrip pada tahun 2009. Penerbit, Kevin Feige mula menyebut kepada umum Guardians of the Galaxy sebagai filem berpotensi pada tahun 2010 dan Marvel Studios mengumumkan bahawa filem ini sedang aktif dibangunkan di Comic-Con Antarabangsa San Diego pada bulan Julai 2012. Gunn telah dilantik untuk menulis dan mengarah filem ini pada bulan September tahun itu. Pada bulan Februari 2013, Pratt telah dipilih untuk melakonkan watak Peter Quill/Star-Lord dan barisan pelakon sokongan kemudiannya disahkan. Fotografi utama bermula pada bulan Julai 2013 di Studio Shepperton, England dengan penggambaran diteruskan di London sebelum selesai pada bulan Oktober 2013. Pasca produksi diselesaikan pada 7 Julai 2014.

Guardians of the Galaxy dibuka di Hollywood pada 21 Julai 2014. Ia ditayangkan pada 1 Ogos 2014 di Amerika Syarikat dalam format 3D dan IMAX 3D. Filem ini mencapai kejayaan kritis dan komersial, mengutip $773.3 juta di seluruh dunia dan menjadi filem adiwira dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014 serta filem dengan kutipan kedua tertinggi di Amerika Utara pada tahun 2014. Filem ini mendapat pujian untuk jenakanya, runut bunyi, kesan visual, arahan Gunn dan persembahan barisan pelakon. Sebuah sekuel bertajuk Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijadual ditayangkan pada 5 Mei 2017. Filem ketiga, Guardians of the Galaxy Vol. 3, sedang dalam pembangunan.