Gua-Gua Pettakere
| Leang Pettakereᨒᨙᨕ ᨄᨛᨈᨀᨙᨑᨙ | |
|---|---|
| Gua Pettakere, Leang Petta Kerre, Gua Petta Kerre, Leang Petta Kere, Gua Petta Kere | |
| Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Sulawesi_Topography" tidak wujud. | |
| Tempat | Kelurahan Leang-Leang, Kecamatan Bantimurung, Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, Indonesia |
| Koordinat | 5°0′11″S 119°41′40″E / 5.00306°S 119.69444°E |
| Variasi ketinggian | 45 mdpl |
| Ditemui | Heeren Palm (1950) |
| Geologi | karst / batu kapur / batu gamping |
| Laman web | visit |
| Templat:Infobox tempat wisata Templat:Infobox cagar budaya | |
Gua Pettakere (bahasa Makassar: ᨒᨙᨕ ᨄᨙᨈᨀᨙᨑᨙ Léang Péttakéré, bahasa Bugis: ᨒᨙᨕ ᨄᨛᨈᨀᨙᨑᨙ Léang Pêttakéré) terletak dalam batuan karst Maros-Pangkep dalam suatu perbukitan terpencil 12 kilometer jauh dari bandar Maros dan 30 kilometer dari kota Makassar di selatan pulau Sulawesi, Indonesia. Gua ini mengandungi lukisan-lukisan rupa paleolitik tertua di dunia mencapai usia sekurang-kurangnya 43,900 tahun dahulu.
Gua-gua ini diketahui masyarakat setempat begitu lama. Para arkeologi Belanda memulakan penggalian di gua-gua yang berdekatan tahun 1950-an, tetapi penerokaan tidak dapat membuahkan hasil sehingga setelah penyelidikan dibuat oleh Ian Glover, seorang pakar arkeologi British pada tahun 1973.
Pada Oktober 2014, pemerintah Indonesia berjanji menguatkan tahap keselamatan pekarangan tapak-tapak bersejarah ini sebagai suatu "cagar budaya"; pihak ini turut merancang menyenaraikan gua-gua ini dalam "daftar warisan budaya rasmi" negara serta memohon status Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kepentingan bersejarah ini telah menjadi tarikan banyak lapisan masyarakat baik dari dalam dan luar negeri, pegawai pemerintah, bahkan mahupun dari kalangan pelajar/mahasiswa dan penyelidik.