Jenjang
| Burung jenjang | |
|---|---|
| Grus japonensis | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | Gruiformes
|
| Keluarga: | Gruidae Vigors, 1825
|
| Genus | |
| |
Burung jenjang (Jawi: بوروڠ جنجڠ) adalah sejenis burung dalam keluarga Gruidae bercirikan kaki dan leher panjang (yakni "jenjang"; Jawi: جنجڠ) dalam kumpulan Gruiformes. Terdapat 15 spesies burung ini dalam keluarga ini yang digolongkan ke dalam empat genus iaitu Antigone, Balearica, Leucogranus, dan Grus; burung-burung ini mendiami tanah-tanah lembap atau berumput di hampir semua benua dunia kecuali Antartika dan Amerika Selatan. Ada spesies yang berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat lain dalam suatu jarak yang jauh pada setiap musim.