Groupe ADP

Groupe ADP
Jenis/bentuk sahPersendirian
ISINFR0010340141 
IndustriFixed-base operator, Q112165883 
Ditubuhkan1945
Ibu pejabatParis, Perancis
Tokoh pentingAugustin de Romanet
KeluaranOperasi dan perkhidmatan lapangan terbang
Hasil5,495,000,000 (2023) 
Modal11,677,351,036 (2024) 
Jumlah hutang7,934,000,000 (2023) 
Jumlah ekuiti5,297,000,000 (2023) 
PemilikAgence des participations de l'État, Vinci SA, Crédit agricole assurances, employee stock ownership 
Bilangan kakitangan9,500
Anak syarikatFondation Groupe ADP, Hub One 
Tapak webwww.parisaeroport.fr
sunting · sunting di Wikidata

Groupe ADP ou Aéroports de Paris adalah pihak berkuasa lapangan terbang yang memiliki dan menguruskan 14 lapangan terbang awam dan lapangan terbang di wilayah île-de-France (Paris). Antaranya ialah Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris, Lapangan Terbang Orly dan Lapangan Terbang Le Bourget.

Syarikat ini dibentuk sebagai syarikat milik kerajaan pada tahun 1945 tetapi menjadi sebuah syarikat swasta dengan saham perdagangan biasa pada 20 April 2005. Dengan perubahan ini, syarikat ini dapat melakukan kerjasama dan pelaburan antarabangsa.

Kumpulan ADP mendakwa sebagai kumpulan lapangan terbang kedua terbesar di dunia berdasarkan pemilikan dan yang pertama dalam pengendalian pos udara dan kargo. Dengan anak syarikatnya, ADP Management, ADP Ingénierie, Alyzia, dan Hub Télécom, kumpulan ADP telah membantu dalam pembinaan dan perkhidmatan lapangan terbang dan bangunan serta infrastruktur yang berkaitan di lebih daripada 55 negara.