Grim Preachers

The Grim Preachers ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berpengaruh yang wujud dari tahun 1969 hingga 1972.

Ia dibentuk oleh ketua Daiman Mat Nor (gitar) bersama pelajar Indonesia Eko Muhatma (keyboard/vokal), Kamaruddin Abdullah (bass), Don Hamidon Mansur (vokal) dan Hussein Idris (dram).

Mereka popular dalam persekitaran pasca-Woodstock dan memainkan cover luarbiasa oleh band seperti Iron Butterfly, Jethro Tull, Santana dan Steppenwolf.

Mereka adalah antara kumpulan yang terkenal pada zaman itu, yang juga termasuk The Strollers, The Gypsies, The Falcons, The Hunters dan Brown, Black & Blues.

Pada tahun 1970 Hussein but keputusan untuk ikut abangnya Hassan dan masuk kumpulan The Strollers manakala Din terpaksa keluar jugak kerana komitmen keluarga.

Ini menyebabkan Grim Preachers merekrut ahli baharu iaitu Adnan Hussein (gitar utama), Chan (dram) dan Auri Rahman (flute). Daiman berpindah ke bass dan Don masih buat vokal kedua.

Pada kemuncak populariti mereka, is memutuskan untuk menerokai Eropah, di mana warga Malaysia Sam Gopal telah membuat beberapa gelombang di kancah psychedelic beberapa tahun lebih awal.

Malangnya. Eko telah dipanggil oleh bapanya untuk pulang ke Indonesia pada masa ini.

Nan dan Don berterusan dan bertolak ke Eropah masing-masing dalam persada muzik di Jerman dan UK. Oleh itu, kumpulan itu dibubarkan pada Mac 1972.

Pada tahun 2015, di tengah-tengah minat yang baharu, Eko, Din dan Chan bersatu semula selepas 43 tahun bermain pertunjukan di Hard Rock Cafe KL.