Gregor Mendel

Gregor Johann Mendel
Kelahiran(1822-07-20)20 Julai 1822
Heinzendorf bei Odrau, Silesia, Empayar Austria
Meninggal duniaJanuari 6, 1884(1884-01-06) (umur 61)
WarganegaraAustria-Hungary
Pusat pendidikanUniversiti Vienna
Terkenal keranaPenemian genetik
Kerjaya saintifik
BidangGenetik
InstitusiBiara St. Thomas di Brno
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "ethnicity"

Gregor Johann Mendel (20 Julai 1822 – 6 Januari 1884) ialah seorang paderi dan saintis Augustin yang menempa kenamaan anumerta sebagai "bapa" kepada sains genetik moden kerana berusaha menyelidik pewarisan sifat-sifat tertentu dalam tumbuhan kacang pis. Mendel menunjukkan pewarisan sifat-sifat ini berlandaskan hukum-hukum tertentu yang kemudiannya dinamakan sempena beliau. Kepentingan usaha Mendel ini tidak menerima pengiktirafan sehingga pada awal abad ke-20, barulah hukum-hukum ini ditemui semula untuk membentuk asas kepada ilmu genetik moden.