Kawasan Kota Kinabalu Raya

Kota Kinabalu Raya
Kawasan metropolitan

Atas: Imej Satelit Greater Kota Kinabalu
Bawah: Daerah pusat perniagaan Kota Kinabalu pada tahun 2018.
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Bandar utama Kota Kinabalu
Keluasan
 • Jumlah3,277 km2 (1,265 batu persegi)
Penduduk
 (2019)
 • Jumlah1,092,400
 • Kepadatan333/km2 (860/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Kod Kawasan088

Kota Kinabalu Raya (Bahasa Inggeris: Greater Kota Kinabalu) merujuk kepada kawasan perbandaran sekitar bandar Kota Kinabalu di Malaysia. Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah dan merupakan bandar yang terbesar di negeri ini. Pembangunan juga semakin terjadi di sekitar Kota Kinabalu sehingga melampaui sempadan bandar di sebelah selatan dan sehingga ke daerah Putatan, Penampang dan Papar, sebahagian kecilnya juga berkembang ke daerah Papar di selatan dan Tuaran di utara.

Nama Greater Kota Kinabalu biasanya digunakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan dalam perancangan pembangunan sosial, ekonomi dan strategi seperti Sabah Integrated Coastal Zone Management, Pembangunan Ekonomi Sabah dan Pihak Berkuasa Pelaburan, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah, dan Jawatankuasa Pencegahan Banjir Greater Kota Kinabalu.

Greater Kota Kinabalu kadang-kadang dirujuk sebagai Kota Kinabalu Urban Area, Kawasan Urbanisasi Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Metropolitan Area. Kota Kinabalu Metropolitan Area juga mungkin termasuk bandar dan daerah Papar yang berada 38 km ke selatan dan Tuaran 34 km ke utara Kota Kinabalu sebagai bandar-bandar satelit dalam kawasan metropolitan.

Penduduk Greater Kota Kinabalu berjumlah 629,943 dan Kawasan Metropolitan Kota Kinabalu (termasuk Papar dan Tuaran) berjumlah 837,694. Manakala, penduduk bandar dan daerah Kota Kinabalu berjumlah 462,963. Greater Kota Kinabalu tersenarai dalam kawasan terbesar di Malaysia bersama-sama dengan Kuala Lumpur (Lembah Klang), Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuching.

Pusat ekonomi dan kawasan tumpuan utama Kota Kinabalu adalah kawasan kecil di tepi pantai yang dikenali sebagai Kota Kinabalu Central Business District atau Pusat Bandar Kota Kinabalu.