Grant Imahara
Grant Imahara | |
|---|---|
Imahara pada tahun 2013. | |
| Kelahiran | Grant Masaru Imahara 23 Oktober 1970 Los Angeles, California, A.S. |
| Meninggal dunia | 13 Julai 2020 (umur 49) Los Angeles, California, A.S. |
| Sebab kematian | Aneurisme otak |
| Pusat pendidikan | Universiti California Selatan |
| Pekerjaan |
|
Grant Masaru Imahara (今原 真申, Imahara Masaru, 23 Oktober 1970 – 13 Julai 2020) ialah seorang jurutera elektrik, ahli robotik dan pengacara televisyen Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi rancangan televisyen Discovery Channel, MythBusters, di mana beliau merekabentuk dan membina pelbagai jenis robot dan memiliki kepakaran dalam mengendalikan komputer dan elektronik untuk menguji mitos. Sebelum memulakan kerjayanya di televisyen, Imahara bekerja di Lucasfilm menerusi pembahagian THX sebagai jurutera dan di pembahagian Industrial Light and Magic dalam kesan visual.
Imahara juga muncul dalam rancangan televisyen BattleBots, di mana beliau mereka dan bersaing dengan robotnya Deadblow dan kemudian kembali sebagai juri. Imahara muncul dalam siri Netflix 2016, White Rabbit Project bersama rakan sekerjanya dalam MythBusters Kari Byron dan Tory Belleci.