Grande école

Sistem pendidikan di Perancis serta negara-negara yang pernah dijajahnya mempunyai sekolah tinggi unik iaitu grand école ("sekolah raya") yang menekankan pelatihan dalam ilmu pengurusan dan kejuruteraan paling utamanya, tetapi sekolah-sekolah ini turut menawarkan jurusan seni, sastera dan ilmu kemanusiaan lain. Kemasukan ke sekolah-sekolah ini dilakukan melalui peperiksaan khas. Sekolah-sekolah ini menjalin hubungan dengan alam pekerjaan profesional dan mempunyai pentadbiran lebih mandiri dari universiti.

Sekolah-sekolah ini mempunyai beberapa jenis:

  • sekolah dalam pekerjasamaan dengan kementerian pemerintah negara seperti Kementerian Pendidikan dan seumpamanya (École Polytechnique dikelolakan Kementerian Pertahanan Perancis, École Nationale du Genie Rural dan Écoles Nationales Veterinaires kelolaan Kementerian Pertanian Perancis)
  • sekolah konsular (école consulaire) didanai langsung pemerintah atau badan swasta serta berhubungan dengan suatu dewan niaga dan industri