Grafik komputer

Grafik komputer (bahasa Inggeris: computer graphics) ialah sebahagian daripada sains komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital melalui peranti komputer. Bentuk perantaraan grafik komputer ialah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan imej, dan pengecaman pola. Grafik komputer sering dikenali juga dengan istilah visualisasi data.