Googleplex

Googleplex
Pemandangan udara Kampus Utama Google di Mountain View, CA.
DibinaJulai 2004 (2004-07)
LokasiMountain View, California, Amerika Syarikat
Koordinat37°25′19″N 122°05′02″W / 37.422°N 122.084°W / 37.422; -122.084
Alamat1600 Amphitheatre Parkway
Mountain View, CA 94043

Googleplex adalah kompleks ibu pejabat korporat Google dan syarikat induknya, Alphabet Inc. Ia terletak di 1600 Amphitheatre Parkway di Mountain View, California.

Kompleks asal, dengan keluasan pejabat 2 juta kaki persegi (190,000 meter persegi), adalah kumpulan bangunan Google kedua terbesar dari segi keluasan selepas bangunan 111 Eighth Avenue milik Google di New York City, yang dibeli oleh syarikat itu pada tahun 2010.

"Googleplex" adalah portmanteau dari Google dan kompleks (bermaksud kompleks bangunan) dan merujuk kepada googolplex, nama yang diberikan kepada nombor besar 1010100, atau 10googol.