Golok

Golok
Sebilah golok jenis "naga"
JenisParang
Tempat asalIndonesia
Spesifikasi
Panjang25-40 sm

Jenis bilahTunggal cembung
Jenis huluTanduk kerbau, kayu
Sarungan/sarungTanduk kerbau, kayu

Golok atau gulok (Jawi: ݢولوق) ialah sejenis alat memotong serupa parang yang didapati meluas serata rantau Nusantara. Ia paling lazim digunakan dalam kalangan suku-suku Betawi dan Sunda, namun ia juga diketahui dlam kalangan orang suku Jawa dan suku Melayu.

Penggunaan senjata ini pernah dicatat seawal dalam manuskrip Sulalatus Salatin (1612) dan Hikayat Hang Tuah (sekitar tahun 1700).