Gjorge Ivanov
Ǵorge Ivanov Ѓорге Иванов | |
|---|---|
| Presiden Macedonia Utara ke-4 | |
| Dalam jawatan 12 Mei 2009 – 12 Mei 2019 | |
| Perdana Menteri | Nikola Gruevski |
| Didahului oleh | Branko Crvenkovski |
| Digantikan oleh | Stevo Pendarovski |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 2 Mei 1960 Valandovo, Yugoslavia (kini Macedonia Utara) |
| Parti politik | Bebas VMRO-DPMNE (menyokong) |
| Pasangan | Maja Ivanova |
| Tempat belajar | Universiti Ss. Cyril dan Methodius |
| Tandatangan | |
| Laman web | Tapak web rasmi |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Ǵorge Ivanov, juga ditransliterasikan sebagai Gjorge (Macedonia: Ѓорге Иванов, pronounced [ˈɟɔrɡɛ ˈivanɔf]; lahir 2 Mei 1960) ialah Presiden Macedonia Utara yang keempat, memegang jawatan tersebut dari 2009 hingga 2019.
Ivanov menjadi presiden selepas memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden pada Mac - April 2009. Beliau mendapat 453,616 undi menewaskan calon SDSM, Ljubomir Frčkoski yang mendapat 264,828 undi. Beliau dicalonkan oleh parti terkuat dalam parlimen Macedonia, VMRO-DPMNE, walaupun bukan anggota parti berkenaan. Beliau mengekalkan jawatannya dalam pilihan raya presiden April 2014 apabila menewaskan calon SDSM, Stevo Pendarovski dengan 534,910 berbalas 398,077 undi dalam pusingan kedua.