Gisele Bündchen

Gisele Bündchen
Bündchen pada 2015
Kelahiran
Gisele Caroline Bündchen

(1980-07-20) 20 Julai 1980
PekerjaanModel, Aktivis alam sekitar, Ahli perniagaan, Pelakon
Tahun aktif1997 - kini
PasanganTom Brady (k. 2009)
Anak-anak2
Maklumat pemodelan
Ketinggian180 cm (5 ka 11 in)
Warna rambut
  • Coklat terang
Warna mata
  • Biru
AgensiIMG Models (Seluruh dunia)
Model Management (Hamburg)

Gisele Caroline Bündchen (sebutan dalam bahasa Portugis: [ʒiˈzɛli ˈbĩtʃẽ], bahasa Jerman: [ˈbʏntçn̩], lahir 20 Julai 1980) ialah seorang model, aktivis alam sekitar, ahli perniagaan, pengarang dan pelakon Brazil.

Sejak tahun 2001, Bündchen telah menjadi salah satu model yang dibayar paling tinggi di dunia. Pada tahun 2007, beliau ialah wanita terkaya ke-16 dalam industri hiburan, dan mendapat tempat teratas dalam senarai model berpendapatan tinggi Forbes pada tahun 2012. Pada tahun 2014, Bündchen telah disenaraikan sebagai Wanita Yang Paling Berkuasa di Dunia ke-89 oleh Forbes.