Ginseng
Ginseng atau jinsom adalah akar tumbuhan dalam genus Panax termasuk P. ginseng, P. notoginseng dan P. quinquefolius biasanya dicirikan oleh kehadiran ginsenosida dan gintonin.
Ia merupakan bahan lazim dalam perubatan tradisi dunia Timur sejak berkurun-kurun lamanya, namun keberkesanan ia sukar dibuktikan secara muktamad dalam kajian klinikal moden.