Gia Long

Gia Long
嘉隆帝
Maharaja Vietnam
Maharaja Đai Viet
Pemerintahan1802–1820
Didahului olehDinasti Tây Sơn
Diikuti olehMinh Mạng
Keputeraan8 Februari 1762
Kemangkatan3 Februari 1820(1820-02-03) (umur 57)
PemakamanMakam Thien Tho
PasanganTống Thị Lan
Trần Thị Đang
Lê Thị Ngọc Bình
Nama penuh
Nguyễn Phúc Chủng
Nguyễn Phúc Noãn
Nguyễn Phúc Ánh
Tarikh zaman name and 
Gia Long: 1801–1820
Nama selepas mangkat
Thế Tổ Cao Hoàng đế
Nama tokong
Thế Tổ
KerabatDinasti Nguyen
AyahandaNguyễn Phúc Luân
BondaNguyễn Thị Hoàn
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "anthem"

Gia Long (nama keputeraan: Nguyễn Phúc Ánh 阮福暎 atau Nguyễn Ánh; 8 Februari 1762 – 3 Februari 1820) merupakan penguasa pertama yang memerintah kerajaan Vietnam pertama disatukan di bawah Dinasti Nguyễn sebagai Maharaja.

Baginda menaiki takhta pemerintahan Vietnam setelah berjaya menawan Vietnam pada tahun 1801 dan mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja. Pada tahun 1804 pula, maharaja China telah memberikan pengiktirafan kepada Gia Long sebagai maharaja yang memerintah Vietnam. Semasa pemerintahan, Maharaja Gia Long telah mengamalkan dasar memencilkan diri dan enggan memberi sebarang keistimewaan kepada Barat kecuali Perancis kerana Paderi Pigneau de Behaine telah memberi bantuan senjata, wang dan tentera kepadanya. Untuk membalas jasa, Maharaja Gia Long telah memberi kebenaran dan kebebasan kepada mubaligh-mubaligh Perancis mengembangkan ajaran agama Kristian di Vietnam sehinggakan sebelum mangkat Maharaja Gia Long telah berpesan kepada pengganti-penggantinya agar tidak menghalang penyebaran agama Kristian yang telah bertapak di Vietnam. Menjelang tahun 1800, lebih daripada 300 000 penduduk Vietnam telah menganut agama Kristian. Selain menyebar dan mengembangkan ajaran kristian, Perancis telah diberi keistimewaan perdagangan di Vietnam dan diberikan konsesi wilayah di Tourane dan Pulau Condore. Selain Perancis, Maharaja Gia Long hanya membenarkan negara China menjalankan urusan perdagangan di Vietnam dengan membenarkan tongkang-tongkang China berlabuh dan berdagang di Vietnam manakala kuasa-kuasa Barat yang lain dasar pintu tertutup Vietnam masih dikekalkan untuk mereka.