Ghazwah
Ghazi atau ghazah (kata nama (mufrad maskulin): غازي ghazi; kata kerja (mufrad maskulin): غزا ghaza daripada غزو ghazwa) ialah istilah Arab yang bermaksud 'menyerbu/serbuan'. Daripadanya terbit perkataan 'Ghazwah' (غزوة) (atau 'Ghazwat' dalam bentuk jamak) yang digunakan khusus untuk pertempuran yang diketuai Muhammad, nabi Islam.
Perkataan in lazim hadir sebagai 'razzia' dalam bahasa Inggeris. Dalam konteks peperangan antara Rusia dan orang Islam di Caucasus yang bermula pada abad ke-18, perkataan ini mengambil bentuk 'gazavat' (газават).