Getty Images

Getty Images, Inc.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPenerbitan, media, rekabentuk web
GenreFotografi stok
PendahuluGetty Communications, PhotoDisc
Ditubuhkan14 Mac 1995 (1995-03-14) (sebagai Getty Investments, LLC.)
PengasasMark Getty, Jonathan Klein
Ibu pejabatSeattle, Washington, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingCraig Peters (CEO)
KeluaranImej, audio, video digital
Perkhidmatanimej, audio, video bebas royalti dan hak diuruskan
PemilikKeluarga Getty
Bilangan kakitangan1,600 (2012) 
PembahagianGetty Productions
Anak syarikatiStock
Thinkstock
WireImage
FilmMagic
Photos.com
Image.net
Tony Stone Images, Hulton Getty, Contour Collection, Comstock, Jupiterimages, The Image Bank
Tapak webgettyimages.com
sunting ยท sunting di Wikidata

Getty Images, Inc. (digayakan sebagai gettyimages) ialah sebuah syarikat media visual Amerika, dengan ibu pejabat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ia merupakan pembekal imej stok, fotografi editorial, video dan muzik untuk perniagaan dan pengguna dengan arkib lebih daripada 200 juta aset. Ia mensasarkan tiga pemasaran-kreatif profesional (pengiklanan dan reka bentuk grafik), media (penerbitan cetak dan dalam talian), dan korporat (reka bentuk dalaman, pemasaran dan jabatan komunikasi).

Getty mempunyai pejabat pengedaran di seluruh dunia dan memanfaatkan Internet dan untuk pengedaran. Oleh kerana Getty telah memperoleh agensi dan arkib foto yang lain, ia telah mendigitalkan koleksi mereka, yang membolehkan pengedaran dalam talian. Getty Images mengendalikan laman web komersial yang besar yang digunakan oleh pelanggan untuk mencari dan menyemak imej, membeli hak penggunaan, dan memuat turun imej. Harga gambar berbeza mengikut leraian (atau resolusi) dan jenis hak penerbitan yang dibenarkan. Kos setiap imej biasanya sekitar US$500. Syarikat itu juga menawarkan perkhidmatan foto tersuai untuk pelanggan korporat.