Getaran Selatan El Niño
Getaran Selatan El Niño atau Ayunan Selatan El Niño (ENSO) adalah satu perubahan iklim tidak sekata berkala disebabkan oleh perubahan dalam suhu permukaan laut di kawasan timur tropika Lautan Pasifik, yang menjejaskan banyak kawasan tropika dan subtropika. Fasa pemanasan dikenali sebagai El Niño dan fasa penyejukan sebagai La Niña. Kedua-dua variasi digandingkan: El Niño diiringi dengan tekanan permukaan udara tinggi, dan La Niña dengan yang rendah di barat Pasifik tropika. Kedua-dua tempoh bertahan beberapa tahun setiap satu (biasanya 3-4) dan kesan yang berbeza-beza dalam keamatan.
Kedua-dua fasa berkaitan dengan peredaran Walker itu ditemui oleh Gilbert Walker semasa awal abad kedua puluh. Peredaran Walker adalah disebabkan oleh daya kecerunan tekanan yang terhasil daripada satu sistem tekanan tinggi di atas lautan Pasifik timur, dan sistem tekanan rendah di Indonesia. Apabila peredaran Walker melemahk atau membalik, El Niño terhasil, menyebabkan permukaan laut menjadi lebih panas daripada biasa, kerana julang air sejuk kurang berlaku atau tidak berlaku sama sekali. Peredaran Walker sangat kuat pula menyebabkan La Niña, mengakibatkan suhu lautan sejuk disebabkan oleh peningkatan julang air.
Mekanisme yang menyebabkan ayunan kekal di bawah kajian. Keterlaluan corak ayunan iklim ini menyebabkan cuaca yang melampau (seperti banjir dan kemarau) di kebanyakan rantau di dunia. Negara-negara membangun yang bergantung kepada pertanian dan perikanan, terutamanya mereka yang bersempadan dengan Lautan Pasifik, adalah yang paling terjejas.