Getah pemadam
Getah pemadam (Jawi: ݢته ڤمادم) merupakan salah satu kelengkapan alat tulis yang mampu menghilangkan tanda tulisan. Ia diperbuat daripada ketulan getah. Ada beberapa jenis yang dihasilkan boleh memadam tanda grafit yang dihasilkan oleh pensel dan tanda dakwat yang dihasilkan oleh pen. Sering kali dalam penggunaan harian, ia diringkaskan kepada pemadam sahaja. Di pantai timur Malaysia, ia lebih dikenali sebagai roba.
Getah pemadam berasa kenyal seperti bahan getah yang asal, dan ia seringkali bewarna putih, perang atau merah jambu walaupun dengan bahan moden pelbagai warna mampu dihasilkan. Terdapat pensel yang dilengkapi dengan getah pemadam dihujungnya. Getah pemadam mahal mungkin mempunyai bahan (vinil) atau plastik sebagai tambahan kepada getah. Dalam bahasa Inggeris British istilah rubber digunakan sementara bahasa Inggeris Amerika istilah eraser digunakan, rubber merujuk kepada kondom di Amerika Syarikat.
Pemadam juga merujuk kepada pemadam pada papan kerja seperti papan hitam atau papan putih. Pemadam papan hitam tradisional merupakan blok kayu retangular yang diperbuat daripada kain lembut felt. Pemadam tangan merujuk kepada pemadam kain lembut yang dilekatkan pada sebelah tangan.