Geseran velar bersuara
| Nombor AFA | 141 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | G | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran velar bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɣ (suatu bentuk mirip huruf Yunani γ gama yang juga digunakan untuk bunyi ini dalam bahasa Yunani Moden) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan G dalam X-SAMPA.
Bunyi konsonan ini bunyi lazim menyebutkan huruf ر Jawi atau R Rumi dalam seberapa loghat Melayu tertentu yakni loghat-loghat Negeri Sembilan, Kedah dan Pantai Timur Semenanjung; ia turut didapati dalam pinjaman bahasa Arab dan dilambangkan oleh غ ghin Jawi atau dwihuruf gh Rumi, contohnya: غيرة ghairah, افغان Afghan dan بالغ baligh.