Geseran uvular bersuara
| Nombor AFA | 143 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | R | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran uvular bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʁ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan R dalam X-SAMPA. Konsonan ini ialah salah satu daripada bunyi "R gutural" yang ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah. Sesetengah penutur bahasa Melayu mungkin mampu berupaya menghasil bunyi ini hasil pembiasaan terhadap sebutan huruf ﻍ ghain yang digunakan dalam bahasa Arab.
Memandangkan aksara IPA-nya dikongsi oleh geseran dan malaran tak geser uvular, oleh itu geserannya boleh dinyatakan dengan membubuh tanda uptack, iaitu [ʁ̝]; manakala malaran tak gesernya pula dinyatakan dengan membubuh downtack, iaitu [ʁ̞].