Geseran belakang gusi tak bersuara
| Nombor AFA | 134 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | S | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran belakang gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan/sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʃ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan S dalam X-SAMPA.
Bunyi konsonan ini didapati dalam bahasa Melayu melalui kata serapan bahasa Arab dieja dengan huruf ش syin (turut dieja sedemikian dalam tulisan Jawi) atau bahasa Inggeris. Bunyi ini dirumikan berlambang dwihuruf sy (contohnya: syarat, Musytari dan skuasy) dalam sistem Ejaan yang Disempurnakan disetujui Malaysia dan Indonesia pada tahun 1972; sebelum ini ia hanya diwakili mengikut gaya ejaan diperkenalkan hasil pengaruh Barat - Ejaan Rumi Baharu di Malaysia mengeja bunyi ini dengan dwilambang sh mengikut kelaziman bahasa Inggeris dipelopori Richard James Wilkinson manakala sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang sj mengikut kelaziman bahasa Belanda.