Geseran gusi-lelangit tak bersuara
| Nombor AFA | 182 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | s\ | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran gusi-lelangit tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɕ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), dan s\ dalam X-SAMPA.
Ia lazim didapati pada Bahasa Mandarin dituturkan di tanah besar China dan pulau Taiwan; walau bagaimanapun ia terganti dengan geseran gusi tak bersuara (yakni /s/) dalam bahasa Mandarin tuturan Malaysia dipengaruhi bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Kantonis, serta bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa perantara antara kaum yang tiada bunyi konsonan ini.