Germanena

Germanena ialah suatu bahan yang diperbuat daripada satu lapis tunggal atom germanium. Bahan ini dicipta dalam proses serupa dengan yang bagi silisena. Di bawah hampagas tinggi, suhu tinggi digunakan untuk mengendapkan selapis atom germanium pada suatu substrat. Saput tipis bermutu tinggi germanena telah mendedahkan struktur dua dimensi dengan sifat elektronik novel yang sesuai untuk penggunaan peranti semikonduktor dan penyelidikan sains bahan.