Gerimis (kugiran)
Gerimis | |
|---|---|
| Genre | Rock |
| Tahun aktif | 1988 |
| Kegiatan berkaitan |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan Gerimis adalah sebuah kumpulan penyanyi rock Malaysia yang mula dikenali semenjak tahun 1989–1991.
Kumpulan Gerimis hanya menghasilkan satu album pada tahun 1990 di bawah label Arek Sdn. Bhd. (ASB) dan diedarkan oleh CBS yang kemudiannya dikenali sebagai Sony Music. Namun begitu, persaingan sengit dalam kalangan kumpulan rock yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan menyebabkan album ini kurang mendapat sambutan. Akhirnya, kumpulan ini berpecah dan ahli-ahlinya membawa haluan masing-masing.
Pada tahun berikutnya (1991), vokalis Gerimis iaitu Aily telah menyertai Kumpulan Mega bagi menggantikan vokalis asalnya, Zarith. Maka dengan itu, terkuburlah Gerimis dan Aily kemudiannya dikenali dengan gelaran baharunya, Rahmad Mega.