Gergaji rantai
Gergaji rantai merupakan sejenis gergaji mekanikal mudah alih di mana bilah geriginyaa diikat pada suatu rantai yang digerakkan menggunakan tenaga elektrik, udara mampat, hidraulik, atau enjin kecil dwilejang yang paling lazim. Ia digunakan dalam pelbagai jenis kegiatan terutamanya bagi tujuan pembalakan, pencantasan pokok, pembersihan hutan serta bantuan pencegahan kebakaran hutan daripada merebak. Terdapat juga sebilangan kecil gergaji rantai khas yang boleh digunakan untuk memotong konkrit.