George Michael

George Michael
Michael membuat pertunjukan di pentas semasa Faith World Tour pada tahun 1988
Maklumat latar belakang
Nama lahirGeorgios Kyriacos Panayiotou
Juga dikenali
sebagai
GeorgeGeorgiosKyriacos
Kelahiran(1963-06-25)25 Jun 1963
East Finchley, London, England
WarganegaraUnited Kingdom
Meninggal dunia25 Disember 2016(2016-12-25) (umur 53)
Goring-on-Thames, Oxfordshire, England
Genre
Pekerjaan
  • Singer
  • songwriter
  • record producer
Alat muzikSuara
Tahun aktif1981–2016
Diskografi
Syarikat rakaman
Anggota bagiWham!
Young Communist League
Kegiatan berkaitan
Anggota keluarga/pasangan
Pasangan/bekas pasanganFadi Fawaz (2012–2016)
Kenny Goss (1996–2009)
Anselmo Feleppa (1991–1993)
IbuLezli Angold Panayiotou (en)
BapaKyriacos Panayiotou (en)
Adik-beradikMelanie Panayiotou (en)
Yioda Panayiotou (en)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangwww.georgemichael.com
Pautan lain
Tandatangan
sunting · sunting di Wikidata

Georgios Kyriacos Panayiotou (25 Jun 1963 – 25 Disember 2016), atau lebih dikenali dengan nama George Michael, ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pengeluar rakaman berbangsa Inggeris. Nama George Michael sangat terkenal pada era 1980-an sehingga 1990-an dengan gaya musik pascadisko pop dansa dalam lagu-lagu dengan penjualan terbaik iaitu "Last Christmas" dan "Wake Me Up Before You Go-Go".

Beliau turut menyanyi dalam genre blue-eyed soul meskipun dirinya menguasai gaya pop daripada muzik soul.

Michael telah menjual lebih daripada 100 juta rakaman di seluruh dunia. Album debut solonya pada tahun 1987, Faith (album George Michael), telah terjual lebih daripada 20 juta keping di seluruh dunia. Ada 7 single daripada Michael yang menduduki Tangga Nombor Satu di tangga lagu Inggeris dan 8 single menduduki hit nombor satu tangga lagu Billboard Hot 100 di Amerika Syarikat. Pada tahun 2008, majalah Billboard menempatkan Michael di urutan 40 dalam senarai 100 Artist Terbaik Sepanjang Masa.