George Floyd
George Floyd | |
|---|---|
Mural George Floyd di Berlin, Jerman | |
| Kelahiran | George Perry Floyd Jr. 14 Oktober 1973 Fayetteville, Carolina Utara, A.S. |
| Meninggal dunia | 25 Mei 2020 (umur 46) Minneapolis, Minnesota, A.S. |
| Sebab kematian | Pembunuhan (dijerut leher dengan lutut oleh Derek Chauvin) |
| Nama lain | Big Floyd |
| Pekerjaan | Pemandu trak |
| Kampung asal | Houston, Texas, A.S. |
| Anak-anak | 5 |
George Perry Floyd Jr. (14 Oktober 1973 – 25 Mei 2020) ialah seorang lelaki kulit hitam Amerika yang dibunuh dalam tahanan setelah didakwa mengeluarkan wang kertas palsu bernilai $20 di Minneapolis. Seorang pegawai polis berkulit putih, Derek Chauvin, melutut di leher Floyd selama hampir lapan minit. Setelah kematiannya, protes terhadap kekejaman polis terhadap orang kulit hitam dengan pantas berkembang ke seluruh Amerika Syarikat dan antarabangsa.
Floyd dibesarkan di Houston, Texas. Beliau bermain bola sepak dan bola keranjang di sekolah dan universiti. Beliau mempunyai beberapa pekerjaan, dan beliau juga ialah seorang seniman hip hop dan mentor di kumpulan agamanya. Antara 1997 dan 2005, beliau dihukum kerana terlibat dalam lapan kes jenayah; pada tahun 2009, beliau menerima tawaran pembelaan untuk rompakan pada 2007, menjalani hukuman empat tahun penjara. Pada tahun 2014, beliau berpindah ke daerah Minneapolis, mencari pekerjaan sebagai pemandu trak dan tukang kayu. Pada tahun 2020, beliau kehilangan pekerjaan akibat kesan pandemik COVID-19.