George Eastman
George Eastman | |
|---|---|
| Kelahiran | 12 Julai 1854 Waterville, New York, A.S. |
| Meninggal dunia | Mac 14, 1932 (umur 77) Rochester, New York, A.S. |
| Dikebumikan | Abu dikebumikan di Taman Kodak |
| Warganegara | Amerika |
| Pekerjaan | Ahli perniagaan, pencipta, dermawan |
| Terkenal kerana | Perintis fotografi, Pengasas Eastman Kodak |
| Ibu bapa | George Eastman (1815-1862) & Maria Kilbourn (1821-1907) |
George Eastman (12 Julai, 1854 – 14 Mac, 1932) adalah pengasas syarikat Eastman Kodak dan mencipta filem gulung, membantu membawakan fotografi kepada orang ramai. Filem gulung juga menjadi asas kepada penciptaan filem gambar bergerak pada tahun 1888 oleh pembuat filem pertama di dunia Louis Le Prince, dan beberapa tahun kemudian oleh pengikut beliau Léon Bouly, Thomas Edison, Lumière Brothers dan Georges Méliès.
Beliau merupakan seorang yang begitu dermawan dalam penciptaannya yang memainkan peranan utama dalam mengubah fotografi dari satu hobi yang mahal kepada suatu kegiatan yang mudah dilibatkan orang ramai, mayhur dan tidak memerlukan kos tinggi.