Geodinamik
Geodinamik merupakan cabang bidang geofizik yang mengkaji dinamik Bumi dengan menerapkan ilmu fizik, kimia, dan matematik untuk memahami cara perolakan mantel membawa kepada tektonik plat dan fenomena-fenomena geologi seperti penyebaran dasar laut, pembentukan gunung, gunung berapi, gempa bumi, gelinciran dan sebagainya. Geodinamik juga bertujuan menyelidiki aktiviti dalaman dengan mengukur medan magnet, graviti, dan gelombang seismos, serta mineralogi batuan dan komposisi isotopnya. Kaedah geodinamik juga digunakan pada penerokaan planet lain.