EF-111A Raven

EF-111A Raven
Sebuah EA-111A Raven versi peperangan elektronik.
Peranan Pesawat peperangan elektronik
Pengeluar General Dynamics, diubahsuai oleh Grumman
Penerbangan sulung 10 Mac 1977
Diperkenalkan 1981
Dihentikan 1998 (Tentera Udara Amerika Syarikat)
Status Dibersarakan
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Jumlah dibina 42
Kos seunit AS$15 juta + $25 juta untuk kos ubahsuai
Dibangunkan dari General Dynamics F-111


General Dynamics/Grumman EF-111A Raven merupakan sebuah pesawat peperangan elektronik yang direka bagi mengantikan pesawat Douglas EB-66 di dalam perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat. Krew penerbangan dan penyelenggaraannya sering kali dipanggil sebagai "Spark-Vark".

Pada tahun 1972, pihak Tentera Udara A.S telah menganugerahkan kontrak kepada syarikat Grumman bagi mengubahsuai pesawat General Dynamics F-111A sedia ada mereka kepada sebuah pesawat peperangan elektronik/ECM. Pihak Tentera Udara A.S telah mempertimbangkan pesawat Grumman EA-6B Prowler yang sedang digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat, akan tetapi enggan untuk menggunakan. Selepas penggunaan pesawat EF-111 dihentikan pada tahun 1990-an, Tentera Laut A.S mula bergantung kepada skuadron pesawat EA-6B milik Tentera Laut A.S dan Kor Marin Amerika Syarikat EA-6B di dalam peperangan elektronik.