Gendang Dong Son

Gendang DongSon merupakan gendang gangsa yang telah dijumpai di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1964. Gendang ini dipercayai digunakan sebagai alat muzik untuk hari perayaan, perkahwinan dan upacara kematian. Ia juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh golongan kaya dan berstatus.

Ia juga dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang.