Gempa bumi Canterbury 2010

Gempa bumi Canterbury 2010
Tarikh04 September 2010 (2010-09-04) 04:35 NZST
(16:35 UTC 3 September)
Magnitud7.1 Mw
Kedalaman10 km (6.2 bt)
Koordinat43°33′S 172°11′E / 43.55°S 172.18°E / -43.55; 172.18, near Darfield, Canterbury, New Zealand
Kawasan terjejas New Zealand
Keamatan maksimumMM 9
Korban1 kematian akibat serangan jantung, 2 cedera parah, kira-kira 100 kecederaan lain

Gempa bumi Canterbury 2010 (juga gempa bumi Darfield dan gempa bumi Christchurch) adalah sebuah gempa bumi bermagnitud 7.1 yang melanda Pulau Selatan New Zealand pada 4:35 am, 4 September 2010 waktu tempatan (16:35 3 September UTC), dan mengakibatkan kemusnahan berleluasa dan gangguan bekalan elektrik, khususnya di bandaraya Christchurch.

Pusat gempa terletak 40 kilometer (25 bt) di barat Christchurch, berhampiran pekan Darfield. Hipopusatnya sedalam 10 km. Gegaran terdahulu bermagnitud kira-kira 5.8 melanda lima saat sebelum gempa utama, disusuli laporan gegaran susulan sekuat magnitud 5.4. Gempa mula-mulanya melanda selama lebih kurang 40 saat, dan terasa di seluruh Pulau Selatan, dan juga ke utara sejauh New Plymouth di Pulau Utara.

Pusat Pengurusan Krisis Negara di aras bawah tanah bangunan Beehive di Wellington diaktifkan, sementara pihak Pertahanan Awam mengisytiharkan darurat di Christchurch, Daerah Selwyn, dan Daerah Waimakariri manakala Daerah Selwyn, Waimakariri dan Timaru turut menghidupkan pusat-pusat operasi kecemasan masing-masing. Perintah berkurung berkuatkuasa di beberapa bahagian Bandaraya Pusat Christchurch dari 7:00 malam hingga 7:00 pagi berikutan gempa bumi. Disebabkan pusat gempa terletak di daratan yang jauh dari pinggir pantai, tiada tsunami terjadi.