Gelato
| Gelato | |
|---|---|
| Jenis | Ais krim |
| Tempat asal | Sicily, Itali |
| Suhu penghidangan | Sejuk |
| Bahan utama | Susu, krim, gula, ramuan perisa (cth. – puri buah atau kacang) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gelato (sebutan bahasa Itali: [dʒeˈlaːto]; jamak: gelati [dʒeˈlaːti], dari perkataan Itali gelato bermakna "beku") ialah ais krim Itali. Gelato dibuat dengan asas susu, krim, dan gula, dan diperasakan dengan puri buah-buahan dan kacang dan lain-lain perasa. Ia biasanya rendah lemak, tetapi lebih tinggi gula berbanding ais krim gaya lain. Gelato biasanya mengandungi kurang udara dan lebih perisa daripada jenis pencuci mulut beku lain, memberikan kepadatan dan kekayaan yang membezakannya daripada ais krim.
Di Itali, mengikut undang-undang, gelato mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3.5% lemak mentega. Di Amerika Syarikat, tidak ada undang-undang takrifan standard untuk gelato seperti yang ada untuk ais krim, yang mesti mengandungi sekurang-kurangnya 10% lemak mentega. Gelato boleh disajikan dalam apa-apa cara seperti ais krim, termasuk cawan, kon, sandwich, kek, pai, atau pada sebatang kayu.