Gegar penghujung
Gegar penghujung atau kejutan lanjur merupakan gempa yang terjadi setelah datangnya satu gempa bumi besar. Lanjur bererti yang kedua, ketiga, dan seterusnya. Ia berlaku di kawasan yang sama dengan gempa bumi pertama, dan berlaku kerana batu-batuan yang baru berubah masih belum tetap kedudukannya.