Gaya hidup sedentari

Gaya hidup sedentari atau juga amalan sedentari dan aktiviti sedentari ialah sejenis gaya hidup, di mana seseorang itu tidak aktif secara fizikal dan melakukan sedikit atau tiada pergerakan fizikal dan/atau senaman. Seseorang yang menjalani gaya hidup sedentari lazimnya duduk atau berbaring semasa melakukan aktiviti seperti bersosial, menonton TV, bermain permainan video, membaca atau menggunakan telefon bimbit atau komputer sepanjang hari. Gaya hidup sedentari menyumbang kepada kualiti kesihatan yang tidak baik, penyakit serta banyak punca kematian yang boleh dicegah.

Masa duduk ialah ukuran biasa gaya hidup yang tidak aktif. Kajian global yang mewakili 47% daripada populasi dewasa global mendapati bahawa purata orang duduk selama 4.7 hingga 6.5 jam sehari dengan purata meningkat setiap tahun.