Gaumont

Gaumont Film Company
Nama asliGaumont 
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiEuronext: GAM
IndustriWayang gambar
Ditubuhkan23 Jun 1895 (1895-06-23)
PengasasLéon Gaumont
Ibu pejabatNeuilly-sur-Seine, Perancis
Tokoh pentingLéon Gaumont, Nicolas Seydoux
KeluaranWayang gambar
rancangan televisyen
pengedaran filem
Hasil € 169.1 juta (2013)
Pendapatan bersih € 12.7 juta (2013)
Jumlah aset € 451.5 juta (2011)
Jumlah ekuiti € 255.9 juta (2011)
PemilikSidonie Dumas 
Bilangan kakitangan173 (2011)
Anak syarikatGaumont Animation
Gaumont International Television
Gaumont-Pathe Archives
Globalgate Entertainment
Gaumont Distribution
Tapak webwww.gaumont.fr (Perancis), Gaumont.net (Amerika)
sunting · sunting di Wikidata

Gaumont Film Company (/ˈɡmɒnt/, Sebutan bahasa Perancis: [ɡomɔ̃]; dipendekkan sebagai Gaumont) merupakan sebuah syarikat perfileman Perancis diasaskan oleh jurutera dan pencipta Léon Gaumont (1864–1946), pada 1895. Ia merupakan studio perfileman pertama dan tertua di dunia, diasaskan sebelum studio lain seperti Pathé (ditubuhkan pada 1896), Titanus (1904), Nordisk Film (1906), Universal dan Paramount (kedua-duanya diasaskan pada 1912) Ibu pejabatnya terletak di Neuilly-sur-Seine, Perancis.

Gaumont mendominasi, menghasilkan, dan mengedarkan filem, dan pada tahun 2011, 95% daripada pendapatan gabungan dari Gaumont datang dari bahagian filem. Syarikat ini semakin berkembag menjadi penerbit siri TV dengan anak syarikat Amerika baru Gaumont International Television serta bahan penerbitan Perancis yang ada.

Gaumont diuruskan oleh Nicolas Seydoux (Presiden), Sidonie Dumas (Pengarah Urusan) dan Christophe Riandee (Timbalan Ketua Pengarah).