Garisan pertahanan

Garisan pertahanan atau garisan perkubuan ialah suatu barisan struktur yang boleh dikenal pasti secara geografi, terdiri daripada tentera dan persenjataan yang diperkukuh dan disusun untuk melindungi lokasi bernilai tinggi atau mempertahankan wilayah.

Satu garis pertahanan mungkin dibina berasaskan ciri semula jadi bentuk muka bumi yang sukar ditembusi seperti sungai, kawasan paya, banjaran gunung atau garis pantai; binaan kubu perang sementara seperti parit; dan/atau kubu kekal seperti kota dan bunker.